Wednesday 22 March 2017




Assalamualaikum w.b.t kepada semua yang melawat blog ini. Kami, kumpulan An-Nuur dari Universiti Kebangsaan Malaysia membuat blog ini khas untuk Surau Al-Sobah. Subjek Citra kami iaitu Bentuk-Bentuk Penulisan meminta kami untuk mengadakan blog bagi memperkenalkan lebih lanjut tentang surau-surau disekitar Bandar Baru Bangi. Jadi, kumpulan An-Nuur mendapat Surau Al-Sobah untuk dikaji latar belakangnya dan menjadikan surau ini lebih dikenali oleh masyarakat.

 Blog ini khas untuk Surau Al-Sobah yang terletak di 3/4 Bandar Baru Bangi. Surau ini berdekatan dengan Universiti Kebangsaan Malaysia hanya dalam 2.3km sahaja untuk ke surau cantik ni. 

Sekadar perkongsian ringkas, surau ini telah dibangunkan sekitar tahun 1990. Surau ini dulu dinamakan sebagai Surau Hijau kerana warna surau itu sendiri. Design surau ini juga lain berbanding sekarang. Gambar di atas menunjukkan keadaan surau ketika ini. Pada masa akan datang, surau ini akan dinaik taraf lagi sehingga dapat memuatkan seramai 2500 orang jemaah. Ketika itu Al-Sobah akan menjadi Masjid Al-Sobah. 

Apabila kita bercakap tentang dinaik taraf, tentulah ada dana mahupun sumbangan untuk surau Al-Sobah ini. Seperti yang sedia maklum, surau ini dinamakan Al-Sobah sempena kerajaan Kuwait yang memberikan dana kepada surau ini. Ada seorang hamba Allah yang tidak mahu dikenali datang dari Kuwait yang telah menyumbang banyak kepada Surau ini. Malah, ada juga yang Infaq kepada surau ini dan dana dari beberapa individu lain. 

Sejarah tentang surau ini sangat menarik juga biro-biro surau ini juga ramah dan mesra. Mereka punya semangat kekitaan kepada masyarakat. Malah mereka tidak lokek ilmu untuk dikongsikan. InshaAllah, nantikan update yang seterusnya tentang surau ini.
Assalamualaikum.